Monday, August 3, 2009

WARNA AURA




Merah

mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar.

Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum.

Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain.

Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.

Jingga

Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal, suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat.

Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif.

Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari.

Kuning

Mereka yang mempunyai aura berwarna kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko dan pelbagai lagi sifat.

Meskipun mereka ini pandai menghidupkan suasana di kalangan orang yang tidak dikenalinya, mereka juga pada masa yang sama berkecenderungan untuk berasa malu. Mereka adalah seorang yang suka memberontak, mudah sedih, selalu tertekan dan tidak bahagia.

Selain itu, mereka senang terjerumus ke dalam sesuatu perkara yang tidak elok. Bagaimanapun, mereka ini mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, tidak boleh duduk diam dan gemar untuk bersukan.

Saranan untuk mereka yang mempunyai aura berwarna kuning agar sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak elok.

Hijau

Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka.

Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri.

Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.

Biru

Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini.

Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman.

Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego.

Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.

Indigo

Mereka yang mempunyai aura berwarna indigo, adalah seorang yang lemah. Mempunyai kulit yang putih dan pucat. Tidak suka keluar rumah dan bermacam-macam lagi. Mereka ini juga kurang mempunyai tanggungjawab. Mereka tidak pandai menjalinkan persahabatan atau mempunyai hubungan sosial dengan orang di sekeliling mereka.

Selain itu mereka kurang pandai berkomunikasi dan sukar untuk menjadi seorang sahabat yang sentiasa berlaku adil. Jika mereka memerlukan teman, mereka lebih senang untuk berkhayal bagi mendapatkannya daripada berusaha sendiri.

Namun begitu, mereka ini tidak ingin membuat orang yang mereka sayangi itu kecewa dan sangat takut jika tiada orang yang akan menyayangi dan menyukai mereka. Malah, jika orang di sekelilingnya menjaga mereka ini dengan baik, mereka akan menjadi seorang sahabat yang peka, ramah, menghargai dan bersedia berkorban.

Saranan untuk mereka yang beraura indigo, mereka harus berani menghadapi dunia nyata.

Ungu

Bagi yang beraura ungu, walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara.

Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling mereka.

Saturday, August 1, 2009




How to Exercise Your Brain And Keep It Healthy
By billips, eHow Member



Exercising your brain is as important as exercising the rest of your body. Your brain improves and grows by interacting with your exterior world. The
brain is capable of adapting throughout your life and even in old age can
grow new neurons. As with the rest of your body it is a case of 'use it or
lose it' with your brain's muscle. Here are some simple ways of improving
your brain power, each and every day.

Step 1

To prevent cognitive decline, as to prevent physical decline, you must
take part in physical activity. You truly cannot get enough physical
exercise when it comes to keeping both body and mind healthy and alive. As
you go through life, it is important to vary your physical activity. If
you are a walker or runner, vary your route. Learn new street signs, see
new sights, and meet new people. Learning a new activity or gaining a new
skill will benefit your brain. Joining a group activity will mean you will
be meeting new people and forming new relationships. Every new activity
you indulge in forces your brain to adjust and change.

Step 2

Starting a new group activity has a double advantage, you are improving
your brain power with the new activity and the resultant social activity
in a group further benefits your brain. Social exchanges force us to
think, respond to new topics of conversation and formulate new responses.
Discussion is food for the brain. Join a discussion group if you can find
one. Join a book club or any group where you cam hear new opinions and
respond to them. Talk with family. Talk with fellow commuters. Keep your
brain active, absorbing new ideas, and responding to them.

Step 3

Some activities that are especially good for your brain are learning a new
language, reading, games such as scrabble and bingo, and of course,
crossword puzzles and jig-saw puzzles. Sometimes we are uncomfortable
trying to learn new things but this discomfort is natural. It is just your
brain adjusting and learning. so carry on and do not be embarrassed if you
learn more slowly than others. The important thing is that you are
learning, and you are staving off the cognitive decline associated with
Alzheimer's and other conditions related to decreases in our mental
abilities.

Step 4

It is important that we use all our senses, all the time. Look, listen,
see, taste, and smell. These senses send different messages to the brain
and this is how we learn. Try using your senses in different ways. Close
your eyes as you dress a salad or get yourself dressed. You will then
depend on touch and taste, hone these skills and move ideas around in your
brain. Try to notice new things in your environment every day, changes in
the weather, new plants or animals and especially new people. Imagine how
you have learned things in the past, learning to write, tying your shoes,
any skill that you now possess. It has been proven that imagining
exercising can actually improve physical health. So, can imagining in your
mind, improve mental health. Never just sit. Think.

Step 5

Improve your diet. Good diet makes for a healthy body and a healthy body
makes for a healthy brain. Remember the brain foods like anti-oxidants.
Just as important as diet, are rest and sleep. As your body rests, so does
your mind. A good diet, rest, exercise, and stimulation all help the body
maintain itself. They do the same for the mind.

Step 6

As much as possible, eliminate stress from your life. If you have
problems, take action. Search for solutions. If you need help, seek it and
accept it. Keep your body moving and keep your mind moving. Your brain
will thank you.

Rahsia atasi penyakit malu


"Malu adalah sebahagian dari iman" malu yang dimaksudkan pada kata-kata ini adalah malu kepada Allah untuk melakukan perbuatan yang melangar perintah Allah. Isu yang hendak diperkatakan pada artikel kali ini ialah malu yang terbit dari perasaan rendah diri dan kurang berkemampuan dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Sebagai contoh malu untuk berhadapan dengan orang ramai, malu untuk bercakap dan pelbagai perasaan malu yang menyebabkan banyak peluang disia-siakan akibat perasaan malu. Penyakit malu ini dapat di atasi dengan pelbagai cara.Anda mesti TRANSFORMASI DIRI ANDA


1.Tingkatkan rasa penghargaan kendiri. Iaitu dengan cara menerima diri tanpa syarat. Kita dapat menerima diri kita terutamanya keadaan fizikal yang sedia ada dengan reda dan kita patut bersyukur atas kejadian fizikal kita yang nengandungi hikmah yang nikmatnya tidak terhitung banyaknya. Dengan cara ini kita akan mula menyayangi, menerima dan menghormati diri kita.

2.Harga diri juga dapat ditingkatkan melalui cara penampilan diri kita iaitu cara kita berpakaian. Imej pakaian anda menjadikan anda begitu teruja dan akan mengikiskan rasa malu kerana penampilan berpakaian yang akibatkan kita rasa rendah diri. Belajarlah cara berpakaian mengikut situasi tertentu supaya anda kelihatan menarik dan anggun. Dengan cara ini anda tidak akan malu dengan penampilan diri yang baru.

3.Jika anda malu untuk berkomunikasi maka anda hanya perlu belajar cara yang betul untuk meninkatkan kelancaran pertuturan dan mesej penyampaian anda secara verbal dan non verbal iaitu lisan dan bukan lisan. Bukan lisan adalah seperti nada suara, mimik muka, gerakan tangan, kaki , bahu dan badan anda serta jarak yang sesuai. Penyampaian mesej yang berkesan akan meningkatkan penampilan diri anda . Mereka akan kagumi anda dan seterusnya keyakinan baru ini meningkatkan rasa percaya diri yang dapat menghilangkan rasa malu.

4. Hentikan mengkritik diri anda secara negatif. Kritikan perlu dibuat sebagai panduan untuk membina kredibiliti anda. Sebagai contoh anda mengkritik diri anda sukar untuk mudah mesra , maka anda pewrlu bertanya pada suara hati anda bagaimanakah caranya saya dapat meningkatkannya. Apa sahaja bicara diri yang menidakkan kebolehan anda maka anda perlu bertanya dan terus bertanya supaya anda dapat meningkatkannya.

5. Jaga setiap kata-kata bicara negatif sama ada dari diri anda atau pun bicara luaran yang menidakkan kebolehan anda. Setiap kali berlaku penafian kebolehan anda maka apa yang perlu dilakukan adalah berikan cabaran pada diri anda ialah ucapkan terima kasih dan mulai perbaiki dan tingkatkan diri anda pada mana-mana kelemahan yang ada. Cari cara-cara bagaimana anda dapat meningkatkan diri anda dan seterusnya laksanakan program tersebut.

6 Iktirafkan segala pencapaian anda walau sekecil manapun. Ulangi ucapan kata-kata pujian dan syukur pada Allah atas pencapaian kejayaan anda. Sebutkan selalu sehingga melekat di sanubari anda.

7. Bicara diri positif dapat meningkatkan rasa percaya diri bagi mengikis rasa maluKatakan pada diri anda secara berulang-ulang apabila ada sesuatu pwerkara yang ingin anda lakukan bahawa anda pasti dan mesti melakukan.

8. Bergaul selalu dengan orang-orang berjaya bukan untuk dibuat perbandingan yang boleh menjadikan anda semakin malu tetapi belajar dan perhatikan personaliti orang berjaya sebagai panduan kepada anda membina rasa hebat diri.

9. Raptai mental perlu dilakukan supaya anda sentisa dapat 'melihat' diri anda yang hebat da dikagumi oleh orang sekeliling. Buat latihan berulang kali pada setiap perkara yang anda ingin lakukan . 'Lihat' dulu peristiwaa tersebut sebagaimana yang anda inginkan supaya anda dapat melakukan yang terbaik apabila situasi itu anda lakukan nanti.

10. Berikan cabaran pada diri anda untuk melakukan perkara yang anda takut kerana inilan cara terbaik untuk anda atasi rasa malu. Pengalaman-pengalaman hebat yang anda lalui akan dapat membina rasa percaya diri bagi atasi rasa malu.

11. Ingat! Setiap orang adalah hebat dan unik. Sentiasa rasakan anda orang yang penting dan sesiapa sahaja orang yang anda temui adalah penting. Jadi dengan cara ini anda tidak akan rasa malu kerana harga diri anda telah anda tingkatkan dari masa ke semasa.

12. Akhir sekali berdoalah pada Allah untuk hindari rasa malu. InsyaAllah.

Petua Potong Kuku


RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:


Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buangkuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buangke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tongsampah tu bersih.


Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jarikelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangankanan .Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampaikelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupunada banyak khilafnya.

Saturday, June 6, 2009


walau sekuat mana kau bisikkan
masakan si bintang sana bisa mendengar

walau sebisa mana kau rasakan
masakan ia terbang ke deria rasa mahkluk Tuhan nan satu itu

dia terus dengan jalan hidupnya sendiri
hadirmu hanya seketika
walaupun payah melepaskan
namun tak pernah menggenggamnya

belajarlah berbicara
walau bicara sendiri
belajarlah menelan secebis rasa pahit
walau satu hati yang rasakannya - mungkin

namun pasti ada penawar sementara

sementara menanti kebahagiaan abadi

Friday, June 5, 2009

HOPE





Hope is the opposite of despair.


It is quiet optimism that things will work out, perhaps not as desired, but for the best.


It is the strength to be patient and to go on in difficult times.


Thursday, June 4, 2009

anger vs love



"Don't hold to anger, hurt or pain. They steal your energy and keep you from love."
-Anonymous

No Shortcuts


Failure is really a matter of conceit.

People don't work hard because, in their conceit, they imagine they will succeed without ever making an effort.

Most people believe that they will wake up some day and find themselves rich.


Actually, they've got it half right, because eventually they do wake up.


- thomas edison

Wednesday, May 27, 2009

Berbohong secara kompulsif

KANAK-KANAK berbohong.

Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'.

Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius.Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah.

Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian.Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.

Mengapa berbohong?Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif. TakutPerasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.

Namun, terdapat dua perkara penting di sini.

Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan.

Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.

Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

Tabiat
Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.

Meniru
Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.

Perlukah saya menghukum?
Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.
1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.

2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.

3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://webhome.idirect.com/~readon/lies.html.

Friday, May 15, 2009

Ulangi memori ini




Inilah kad ucapan dari Auni untuk kakak dan adik. Kakak really enjoy waktu Auni berkunjung kat rumah hari tu.


Maklumlah, lepas ni dah jarang nak jumpa kot. Omaknya pun dah keja kat johor.



Anyway, hope this relationship will last forever.



Ada rejeki, kita jumpa lagi..



http://pastadotcom.blogspot.com/

Saturday, May 9, 2009

Kek Idaman


Inilah kek idaman kakak. 3-4 bulan awal dah request nak kek upin-ipin. pengaruh upin-ipin ni memang sungguh kuat ke atas dua beradik ni. pengaruh semakin kuat lepas pegi tengok "pengembaraan bermula.." kat panggung. dah lah first time tengok wayang. kecoh bukan main lagi.. aku rasa sekarang ni kalau boleh nak brg upin-ipin serba berdiri. phew!!!


anyway, tabik spring kat team upin-ipin. korang memang best. upin-ipin boleh jadi satu branding yang setanding dengan nama2 dr luar, mcm barney, mickey mouse etc.


ni lah dia.. walaupun tak serupa sgt, tapi iras2 tu adalah, kan? tu pun dah brp bakery tak mau buat.. ok lah tu nak.. anak punyer pasal..


http://pastadotcom.blogspot.com/